Friday 28 October 2011

Software Belajar Tajwid Percuma






Sila klik download kat bawah untuk link ke blog tazkirah lenggangkangkung-my.blogspot.com

Download Software Belajar Tajwid

Ilmu yang perlu disebarkan. Terima kasih untuk lenggangkangkung-my.blogspot.com.

Tuesday 25 October 2011

Macam- Macam Lampu Chandelier Boleh Buat

Info nie Maz dapat kat paper Berita Harian bulan Mei lalu. Berikut tulisan daripada penulisnya (Bennie Zie Fauzi) untuk dikongsikan bersama.

pix_gal0
Candeliar kasut, juraian LED antara koleksi kontemporari hiasi segenap ruang

MENJENGUK ke ruang pameran Tropical Home & Lighting Sdn Bhd (Tropical) bagai tersesat ke alam fantasi yang bermandikan gemerlapan cahaya indah. Yang membezakannya dengan dunia hakiki ialah bangunan dua tingkat terletak di Puchong itu menawarkan pelbagai jenis dan rekaan lampu sesuai dipasang di siling, dinding selanjutnya menerangi meja, lantai serta penjuru ruang.

Malah, sejajar statusnya sebagai gedung sehenti, pilihan lampunya begitu meluas membabitkan kegunaan luar serta dalam rumah. Sementara, peka dengan sambutan memberangsangkan terhadap pasaran lampu menjimat tenaga, Tropical kini memusatkan fokus kepada pengeluaran lampu jenis LED (Light Emitting Diode) dan gentian optik.
Jurucakapnya, Alan Ong, populariti dua jenis lampu itu kini mengatasi halogen dan pendafflour yang dulunya menjadi pilihan ramai.
“Hakikatnya, aliran gaya lampu berubah secara drastik iaitu dua hingga ke tiga bulan sekali. Inspirasi lampu import memungkinkan pasaran tempatan dibanjiri rekaan luar biasa misalnya, lampu gantung bertemakan kasut wanita, ikan, bola, kupu-kupu selain lampu LED berukuran tujuh kaki dan lampu lekap ilham bunga kembang pagi,” katanya.

Katanya lagi, hampir keseluruhan produk dijualnya menampilkan gaya moden, ringkas namun sarat ciri anggun. Kebanyakannya mengemukakan harga berbaloi, berkualiti selain diimport dari luar negara seperti Itali, Jerman, Sepanyol, Amerika Syarikat, Hong Kong, China dan sebagainya.

“ Bagi kebanyakan kediaman serta pejabat, pencahayaan hanya dinilai dari segi fungsinya, jarang sekali difahami menerusi kualiti artistiknya. Sebaliknya, di Tropical, pengalaman serta cita rasa estetika digabungkan bagi menghidupkan ragam suasana dikehendaki. Ia diutarakan menerusi warna, tekstur, bentuk dan bayang-bayang yang terbentuk daripada cahaya dipancarkan,” katanya.

Alan berkata, setiap lampu diilhamkan mempunyai pengikutnya sendiri kerana pelanggannya terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya, peribadi dan karier.
“ Bagi golongan wanita berkerjaya, lampu gantung menampilkan kasut tumit tinggi itu mudah menangkap perhatian mereka namun ia belum tentu digemari masyarakat Cina yang menyamakannya sebagai nasib tidak baik. Apapun, semuanya terpulang kepada selera serta persepsi masing-masing, ”katanya.

Selain rangkaian lampu sedia ada, pelanggan yang mempunyai cita rasa sendiri boleh mengusulkan sebarang pengubahsuaian sekali gus menempah khas lampu dihajati itu. Bagi menjamin penghasilan memuaskan selain mendapat bayangan tempat peletakan lampu, khidmat juru runding profesional disediakan.

Pelanggan hanya dikenakan kos pemasangan yang ditentukan merujuk ketinggian siling di samping tahap kesukaran memasang lampu berkenaan.

Mereka yang menggemari lampu unik diadun dengan sentuhan kontemporari, boleh berkunjung sendiri ke ruang pameran Tropical bertempat di Pusat Perdagangan One Puchong atau layari laman web, www.tropicalhome.com.my.

Sunday 23 October 2011

Maz, Picnic At 'Air Terjun Serendah', Rawang

Lokasi air terjun ni terletak kat Serendah, tak jauh dari bandar Rawang. Cara nak ke situ senang, ikut bandar Rawang ke Serendah, lepas pekan Serendah ikut signboard Kg Dato Harun (trafic light ke kanan), kat simpang sekolah ikut signboard kg orang asli serendah, drive ikut kg orang asli (boleh tengok suasana kg orang asli), drive sampai habis jalan then jumpa la lokasi air terjun nie. Tempat nie sesuai untuk Family sbb kawasannya lapang dan sungai panjang (boleh port kat banyak tempat). Dulu Maz pernah datang sini (lama dah) tempat nie masih natural, tapi bila datang balik tengok dah banyak berubah, dah siap dengan kemudahan rekreasi. Kemudahan seperti tandas (kena bayar 30 sen aje), surau, parking (free) banyak, taman permainan, wakaf (first come first in), gerai (ada gerai jual pelampung harga murah RM5 aje), nak sewa khemah pun ada. Nak tau detail datanglah ke sini.......

Gambar-gambar yang Maz nak dikongsikan bersama semasa pergi berkelah kat Air Terjun Serendah, Rawang bersama kawan-kawan seofis.
 
Port kami



BBQ



My Family






Thursday 20 October 2011

Tahniah Muhammad Fawwaz




Keputusan peperiksaan akhir tahun (PSV) Muhammad Fawwaz..... TAHNIAH
Tahun 1 Taqwa, SK Tun Teja, Rawang, Selangor

Hari nie Fawwaz kena exam lukisan (PSV), inilah hasil latihan menganyam tikar sampai tertidur.
Terima kasih Cikgu.....

Monday 10 October 2011

Muhammad Fawwaz & Awatif

Fawwaz & Awatif
Aik........ dinasour betul ke nie?



















Gambar ni dah lama ambik tapi saja ja letak. Cuma teringat gelagat budak-budak nie masa tu.........


Anak ibu yang solehah....insyaallah



Abg suka kacau adik

Assalammualaikum................



CORETAN KISAH KU .........................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...