Wednesday 30 November 2011

Muhammad Fawwaz Berkhatan

Cerita minggu lepas.......Sempena cuti sekolah tahun nie Maz, suami dan keluarga cadang nak khatan Muhammad Fawwaz, tu pun setelah sekian lama memujuk dengan macam-macam alasan dan juga tawaran. Tahun depan dah nak masuk darjah 2, elok buat awal-awal supaya cepat sembuh dan boleh masuk dalam saf kat surau atau masjid lepas nie. Majlis dah lama rancang, cuma nak tunggu persetujuan tuan punya badan je, kalau 'ok' boleh 'on' je....Kalau tanya tuan punya badan kejap mau...kejap tak kata apa-apa pun. So.... Maz kira setuju la tu. Kami buat majlis kat kampung mertua Maz, kat Langkawi sebab hajat Tok dan Wan Fawwaz nie.

Perjalanan balik ke Pulau Langkawi
Kat jeti Kuala Kedah tengok ketam atas selut sebelum naik feri

Dalam 'My Ferry' (sejuk sangat masa kat dalam feri)

Dah sampai Pulau Langkawi
Petang dalam pukul 3 kami dah sampai Pulau Langkawi, lewat sikit sebab feri (My Ferry) yang kami naik tu boleh muat lebih kurang 400 penumpang, kenalah tunggu orang naik dengan turun habis baru boleh kami turun sebab bawa balik beg besar (berat).

Isnin pagi-pagi lagi kena bangun awal kena hantar Muhammad Fawwaz pi Hospital Langkawi sebab dah buat temujanji dengan hospital, kalau lewat nanti ramai orang pulak, boleh la buat yang first kalau sampai awal pagi. Kami dimaklumkan hari nie je ada 50 budak-budak nak disunatkan kat hospital (banyaknyer..). So kena sampai awal betul.

Dah sampai kena daftar dulu kat kaunter dan bayar RM11 aje (murah sebab buat kat hospital kerajaan). Kawan-kawan Fawwaz yang dah janji nak sunat sama ada 5 orang pun sampai awal pagi, boleh buat sama-sama, jadi group sunat dengan Fawwaz

Fawwaz dgn kawan-kawan dok menunggu turn dengan gementar
Alhamdulillah masa kena sunat Fawaz tak buat hal....ok aje, nangis pun sikit aje. Dah selesai diaorang pun di bawa balik rumah suruh dok rehat.

Balik rumah baru rasa sakit sikit (bius dah habis kot)
Geng sunat, balik rumah terus nak main PS2
Ahli keluarga yang terlibat

 Lepas 2 hari baru buat majlis kenduri kesyukuran. Kenduri nie pun rancang nak buat lepas fawwaz sunat, takut-takut tak jadi sunat...alamat buat kenduri saja la. Tapi..alhamdulillah jadi juga majlis kenduri tu. Kat kampung kenduri kesyukuran anak bersunat memang biasa dilaksanakan dan memang meriah dengan majlis gotong royong persiapan kenduri dari mendirikan khemah sampai menyediakan juadah memang meriah.
Kenduri kali nie Tok dgn Wan Fawwaz buat untuk cucu lelaki yang pertama. Majlis gotong royong kenduri bermula dari awal pagi lagi sampai habis dalam pukul 3 petang. Buat ala buffet aje....
Pagi-pagi gotong royong memasak, buat tahlil dan majlis makan...simple.

Kemeriahan Kenduri Kesyukuran


Gotong royong potong daging (ayah mertua Maz)
Team nasi kukus (apollo)
Team yang menyediakan bahan masakan
Daging dan ikan tengah dok proses

Daging lembu buat sayur serai (sup serai)
Majlis Tahlil dan Doa Selamat
Ikan goreng yang fresh dan sambal kerisik

 Menu hidangan kenduri : 
- Daging lembu sayur serai, menu utama yang memang sedap.
- Sambal belacan campur kerisik dgn bawang.
- Kurma kambing.
- Kari udang dgn nenas.
- Ikan goreng.
- Nasi kukus.
- Buah tembikai.
- Air sirap.

 Suasana semasa majlis makan

Saya dengan Che Nah standby aje...
Mak mertua Maz tengah sibuk dok layan tetamu
Awatif dgn Kak Ainul

Geng sunat kat dalam rumah collect duit

Tetamu yang hadir sampai 3 petang
Syukur alhamdulillah majlis berkhatan dan kenduri berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Terima kasih buat semua yang terlibat dengan majlis ini. Semoga mendapat keberkatan Allah s.w.t.

Sunday 13 November 2011

Hari Kecemerlangan SK Tun Teja 2011

12 November 2011

Hari nie Maz kena pergi ke Majlis Hari Kecemerlangan sekolah Muhammad Fawwaz. Nak tengok dia terima anugerah. So Maz dan suami kena pergi sebab excited sungguh Fawwaz dok ajak pergi majlis ni. Ingatkan kami dah awal sampai (dalam pukul 1:30) rupanya orang lain lagi awal sebab nak dok depan kot, nak tengok anak dapat anugerah. Kami dapat tempat kat belakang aje, ok juga sebab bawa Awatif, senang kalau dia buat hal sebab kena dok lama dalam majlis mcm ni. Syukur Alhamdulillah, Fawwaz terima Anugerah Akademik dan Anugerah Emas untuk kelas tahun 1 Taqwa. Tahniah Muhammad Fawwaz.

Anugerah Akademik, Tahun Satu Taqwa, bagi murid yang mendapat markah tertinggi matapelajaran teras (BM, BI, Math dan Sains).

Anugerah Akademik

Anugerah Emas, bagi murid yang mendapat keputusan 5A.

Anugerah Emas



Hadiah yang diterima. 
Terima Kasih buat semua guru SK Tun Teja sessi 2011 yang telah banyak mendidik Muhammad Fawwaz

Pertandingan Mewarna Batik Kanak-Kanak Di Institut Kraf Negara

Sempena pesta konvo IKN, Maz bawa Muhammad Fawwaz dan Awatif sebab kena kerja hari tu. Saja bawa sebab nak suruh masuk pertandingan mewarna batik kanak-kanak yang ada kat situ. Ramai juga anak-anak staf masuk. Anak Maz tengok ja terus cakap nak joint (depa memang suka kalau bab-bab mewarna ni). Inilah hasil kreatif Fawwaz dan Awatif.
Hasil kerja Awatif dengan tiga peserta yang lain
Hasil kreatif Awatif
Hasil kreatif Muhammad Fawwaz
Maz tak sempat nak rakam masa depa tengah dok warna batik sebab sibuk dengan kerja. Budak-budak ni pun dah biasa dengan tempat kerja Maz, boleh biarkan aje. Last sekali juri pilih hasil kerja Fawwaz (tempat pertama) dan Awatif (tempat ketiga). Pandai juga budak-budak nie. Tahniah

Hadiah yang hanya sempat dirakam, dah dibuka masa kat dalam kereta

Suka Dapat Tag Nama Daripada Ukiran Kayu

Terima kasih pada student IKN yang sudi bagi tag nama ukiran kayu kat Maz. Dua-dua anak Maz suka sgt, bila bagi kat diaorang, terus pasang kat beg sekolah masing-masing. Inilah post yang sempat dirakam.

FAWWAZ punya

AWATIF punya

Muhammad Fawwaz Menang Saguhati Pertandingan Melukis Majalah Transformers

Minggu lepas balik rumah tengok dalam post box ada surat berdaftar yang nak kena collect kat pos laju sebab masa postmen hantar takda orang kat rumah, surat atas nama Muhammad Fawwaz. 
So kenalah pi collect kat ofis pos laju Rawang.
Notis tuan postmen
Esoknya pergi collect, tengok kat surat tulis  'stationary set for transformers drawing'. Rupanya Fawwaz dapat hadiah daripada majalah Transformers (masa tu cerita tengah meletup kat pawagam). Dulu dia ada beli majalah Transformers edisi #1, kat dalam ada pertandingan melukis. Fawwaz kata nak masuk lukisan dia dengan teka silangkata. Masa nak pos tengok tarikh dah pun nak tamat, tapi dah excited sgt nak masuk contest tu, suami Maz pos la juga kot-kot boleh menang. 
Nak tengok hasil lukisan Fawwaz dan hadiah tu kat bawah nie......

Majalah Transformers
Hasil lukisan yang dah dipostkan dalam majalah Trasformers edisi #4
Hadiah Saguhati aje

Muhammad Fawwaz dgn hadiahnya, Awatif tumpang sekaki aje

Wednesday 9 November 2011

Tahniah Muhammad Fawwaz....Anugerah Kecemerlangan SK Tun Teja 2011

Nie cerita anak sulung Maz yang baru darjah satu, Muhammad Fawwaz, minggu lepas 'excited' sangat dok suruh Ibu dgn Ayah datang ke sekolah dia sbb ada majlis rasmi kat sekolah. Alasan dia cikgu suruh datang sbb dia nak terima hadiah katanya, kenalah percaya kat budak-budak nie sbb diorang fikir 'straight forward' je. Tup-tup minggu ni dia tunjuk surat jemputan dari sekolah, terkejut dan gembira (biasalah perasaan Maz yang anak sulung bersekolah nie, semuanya 'first time') Maz bila baca surat jemputan tu, surat untuk kehadiran ibu bapa ke Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Tun Teja 2011 pada 12.11.2011 (Sabtu). Sekolah ada 2 anugerah untuk Muhammad Fawwaz, Anugerah Akademik dan Anugerah Emas. Anugerah Akademik tu Maz agak untuk matapelajaran peperiksaan tempoh hari la kot, tapi Anugerah Emas tu tak tau la apa. Apa pun tahniah untuk Muhammad Fawwaz, Ibu bersyukur, berdoa dan berharap agar kekalkan kecemerlangan ini.



















Bersambung selepas 12.11.2011 nie.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...