Friday 4 May 2012

Bersantai Di KidZania......(Part1)

Sempena cuti Hari Pekerja hari tu, Maz dan suami serta saudara bersantai kat Kidzania yang kira baru juga dibuka kat Kuala Lumpur ni. Sehari sebelum tu Awatif dah pergi under lawatan tadika dia, Maz kali nie nak joint dengan family kakak, boleh budak-budak tu enjoy sama-sama, Awatif...Fawwaz ...Adibah.

Kidzania ni secara mudahnya ialah dunia (taman tema) yang direka untuk kanak-kanak. Di sini kanak-kanak boleh mencuba berbagai profession seperti doktor, jurutera, pilot, pelakon, photographer, CSI, polis, bomba dan lain-lain lagi. Aktiviti yang boleh joint ialah dalam jangkamasa 15-20 minit (cuma nak tunggu turn ja lambat kena beratur panjang). Ada aktiviti akan dibayar upah kepada kanak-kanak dalam bentuk wang Kidzos (duit untuk dalam Kidzania aje), ada juga aktiviti yang kena bayar.
 
Pada Maz, Kidzania nie memang bagus sebab boleh mendedahkan kanak-kanak kepada alam pekerjaan apabila dewasa kelak. Mereka dapat menjalankan setiap aktiviti dengan cara realiti.

Info Kidzania:

  • Terletak bersebelahan dengan IKEA, The Curve
  • Tiket masuk RM55 untuk kanak-kanak dan RM35 untuk dewasa.
  • Kalau hari cuti ada 2 sessi (10pg-3ptg dan 4ptg-9mlm)
  • Nak masuk kena beratur beratur, berpusing dari tingkat 1 ke tingkat 5.
  • Makanan, minuman tak dibenarkan di bawa masuk dari luar, oleh beli kat dalam atau suruh anak buat aktiviti yang dapat makanan.


Aktiviti di dalam taman tema Kidzania :


  • Nak masuk kena check-in dulu (mcm naik flight)

  • Aktiviti pertama kena pi CIMB bank cash kan cek 50 Kidzos dan dapatkan duit Kidzo

  • Buat burger kat Marrybrown

  • Awatif jadi doktor gigi
  • Maz tengok part nie Awatif sangat minat, sanggup tunggu turn dan sanggup joint sorang2 tanpa Fawwaz, Maz harap minat Awatif nie boleh jadi kenyataan.
(post masa tunggu turn)


  •  Fawwaz dan Dibah jadi Ahli Bomba




  • Fawwaz , Dibah jadi doktor gigi pulak

  • Fawwaz, Awatif jadi paramedik, Dibah jadi pesakit kat emergency ward (KPJ)

  • Fawwaz, Dibah jadi Jurutera TM

Ini saja aktiviti yang sempat budak-budak nie joint di low level, dapat banyak juga upah kerja....jom sambung kerja kat upper level pulak di Bersantai Di KidZania ......Part 2,,,,,,,,,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...