Cerita minggu lepas.......Sempena cuti sekolah tahun nie Maz, suami dan keluarga cadang nak khatan Muhammad Fawwaz, tu pun setelah sekian lama memujuk dengan macam-macam alasan dan juga tawaran. Tahun depan dah nak masuk darjah 2, elok buat awal-awal supaya cepat sembuh dan boleh masuk dalam saf kat surau atau masjid lepas nie. Majlis dah lama rancang, cuma nak tunggu persetujuan tuan punya badan je, kalau 'ok' boleh 'on' je....Kalau tanya tuan punya badan kejap mau...kejap tak kata apa-apa pun. So.... Maz kira setuju la tu. Kami buat majlis kat kampung mertua Maz, kat Langkawi sebab hajat Tok dan Wan Fawwaz nie.
Perjalanan balik ke Pulau Langkawi
Kat jeti Kuala Kedah tengok ketam atas selut sebelum naik feri |
Dalam 'My Ferry' (sejuk sangat masa kat dalam feri) |
Dah sampai Pulau Langkawi |
Petang dalam pukul 3 kami dah sampai Pulau Langkawi, lewat sikit sebab feri (My Ferry) yang kami naik tu boleh muat lebih kurang 400 penumpang, kenalah tunggu orang naik dengan turun habis baru boleh kami turun sebab bawa balik beg besar (berat).
Isnin pagi-pagi lagi kena bangun awal kena hantar Muhammad Fawwaz pi Hospital Langkawi sebab dah buat temujanji dengan hospital, kalau lewat nanti ramai orang pulak, boleh la buat yang first kalau sampai awal pagi. Kami dimaklumkan hari nie je ada 50 budak-budak nak disunatkan kat hospital (banyaknyer..). So kena sampai awal betul.
Dah sampai kena daftar dulu kat kaunter dan bayar RM11 aje (murah sebab buat kat hospital kerajaan). Kawan-kawan Fawwaz yang dah janji nak sunat sama ada 5 orang pun sampai awal pagi, boleh buat sama-sama, jadi group sunat dengan Fawwaz
Fawwaz dgn kawan-kawan dok menunggu turn dengan gementar |
Alhamdulillah masa kena sunat Fawaz tak buat hal....ok aje, nangis pun sikit aje. Dah selesai diaorang pun di bawa balik rumah suruh dok rehat.
Balik rumah baru rasa sakit sikit (bius dah habis kot) |
Geng sunat, balik rumah terus nak main PS2 |
Ahli keluarga yang terlibat |
Lepas 2 hari baru buat majlis kenduri kesyukuran. Kenduri nie pun rancang nak buat lepas fawwaz sunat, takut-takut tak jadi sunat...alamat buat kenduri saja la. Tapi..alhamdulillah jadi juga majlis kenduri tu. Kat kampung kenduri kesyukuran anak bersunat memang biasa dilaksanakan dan memang meriah dengan majlis gotong royong persiapan kenduri dari mendirikan khemah sampai menyediakan juadah memang meriah.
Kenduri kali nie Tok dgn Wan Fawwaz buat untuk cucu lelaki yang pertama. Majlis gotong royong kenduri bermula dari awal pagi lagi sampai habis dalam pukul 3 petang. Buat ala buffet aje....
Pagi-pagi gotong royong memasak, buat tahlil dan majlis makan...simple.
Kemeriahan Kenduri Kesyukuran
Gotong royong potong daging (ayah mertua Maz) |
Team nasi kukus (apollo) |
Team yang menyediakan bahan masakan |
Daging dan ikan tengah dok proses |
Daging lembu buat sayur serai (sup serai) |
Majlis Tahlil dan Doa Selamat |
Ikan goreng yang fresh dan sambal kerisik |
Menu hidangan kenduri :
- Daging lembu sayur serai, menu utama yang memang sedap.
- Sambal belacan campur kerisik dgn bawang.
- Kurma kambing.
- Kari udang dgn nenas.
- Ikan goreng.
- Nasi kukus.
- Buah tembikai.
- Air sirap.
Suasana semasa majlis makan
Saya dengan Che Nah standby aje... |
Mak mertua Maz tengah sibuk dok layan tetamu |
Awatif dgn Kak Ainul |
Geng sunat kat dalam rumah collect duit |
Tetamu yang hadir sampai 3 petang |
Syukur alhamdulillah majlis berkhatan dan kenduri berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Terima kasih buat semua yang terlibat dengan majlis ini. Semoga mendapat keberkatan Allah s.w.t.